Joomla ServiceBest Web HostingWeb Hosting
No images

Valentine’s Day : Mashitah Dalam Dharurat

Saya mengira bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan pendirian YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang didakwanya berdiam diri berhubung dengan sambutan Hari Valentine’s Day seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari ini 13 Februari 2012 sebagai satu kenyataan individu yang sedang berada di dalam keadaan dharurat.

Baca Lagi...

 

KEBANGKITAN SOKONGAN RAKYAT MENDEPANI CABARAN UMNO 1982-1990

Pasir Tumboh, 10 Februari - Senario politik dewasa ini sangat berbeza keadaannya sebelum PAS mampu menguasai dan meraih sokongan rakyat. Usaha dan tohmahan yang diterimaseakan serangan bertubi-tubi dilemparkan sejak PRU 1978.

“Dengan mengambil iktibar semasa PRU 1978,PAS terus mengorak langkah meskipun pengaruh kesan darurat terasa tempiasnya. Segala bentuk fitnah yangdilemparkan oleh musuh islam berjaya dipatahkan dan berjaya dibuktikan pada pilihanraya 1982”, ujar Dato’ Muhammad Daud Iraqi pada pembentangankertas kerja ke-3 semasa Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan. Menurut beliau lagi, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Bachok dan Rantau Panjang menjadiantara kawasan terkuat dan konsisten dengan kejayaannya mempertahankan kedudukan hingga sekarang.

Baca Lagi...

 

Bekerja dengan semangat 1990 & 2008 hadapi PRU-13 - Nik Mohd Amar

Pasir Tumboh, 10 Februari - Semua jentera dan penyokong PAS mesti menilai balik kerja buat sekarang samada menepati ciri-ciri gerakkerja untuk kemenangan. "Kemenangan pada tahun 1990 adalah kemenangan yang luarbiasa. Namun, pengalaman 2004 adalah satu kemenangan yang menyaksikan PAS hampir kehilangan kerajaan.

Baca Lagi...

 

ISA SISTEM TINGGALAN JAHILIAH

Pasir Tumboh, 10 Februari - Majlis perasmian Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Negeri Kelantan pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS.

Antara intipati penting yang disampaikan oleh Tok Guru adalah sebagaimana berikut.

"Tok Guru menyatakan bahawa Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Negeri Kelantan adalah sangat penting kerana mengingatkan kepada kita kepada sejarah perjuangan PAS yang telah bertapak iaitu bermula dari tahun 1990 sehingga sekarang. Sejarah sememangnya perlu diingati sebagai memberi pengajaran kepada sebuah perjuangan. Antara kisah sirah yang perlu dingati dan diteladani ialah kisah penciptaan manusia sepertimana yang terdapat dalam surah Al Baqarah, kisah pengorbanan Nabi Ismail yang menjadi titik tolak kepada ibadah korban, dan juga kisah Nabi-Nabi sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Disamping itu, bulan Rabiulawal juga terkandung satu sejarah yang perlu diingati iaitu kelahiran agung Nabi Muhammad SAW."

 

Baca Lagi...

 

UMNO Jahat dan Tidak Boleh Dipercayai - Ust Ab Halim

Pasir Tumboh, 10 Feb - Ahli-ahli dan penyokong PAS Kelantan berhimpun hari ini di Pondok Pasir Tumboh dalam program sehari Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan yang diadakan bagi mengenang jasa & mengimbau kembali kebangkitan PAS di Kelantan sejak kekalahan PRU 1978.

Baca Lagi...

 

KEBANGKITAN PAS PENERUS PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W


PASIR TUMBOH, 10 Feb - Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan yang dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan berlangsung dalam suasana yang tenang dan lancar.

Perjuangan para ulamak selepas penubuhan PAS tahun 1951 dan kebangkitan PAS adalah sokongan penuh para ulamak pondok yang juga bermula di pondok.

Kebangkitan perjuangan PAS adalah selaras mengingati semula perjuangan Rasulullah s.a.w.Perjuangan para ulamak selepas penubuhan PAS tahun 1951 dan kebangkitan PAS adalah sokongan penuh para ulamak pondok yang juga bermula di pondok.

Kebangkitan perjuangan PAS adalah selaras mengingati semula perjuangan Rasulullah s.a.w.Dato' Haji Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan pula akan membentangkan kertas " Penilaian Menguruskan Kemenangan Menerusi Gerakan Berkerajaan PAS Kelantan 1990 - 2008 " dan kertas "

Baca Lagi...

 
Program / Aktiviti
Album
Muat Turun Terkini

No Documents
Semak SPR
Semak SPR
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini21
mod_vvisit_counterKeseluruhan256780
Kenyataan
Tazkirah
Rencana