Pasir Tumboh, 10 Februari - Semua jentera dan penyokong PAS mesti menilai balik kerja buat sekarang samada menepati ciri-ciri gerakkerja untuk kemenangan. "Kemenangan pada tahun 1990 adalah kemenangan yang luarbiasa. Namun, pengalaman 2004 adalah satu kemenangan yang menyaksikan PAS hampir kehilangan kerajaan.

Ini adalah kerana kita lalai dan leka dengan kemenangan demi kemenangan sebelumnya. Hasilnya kita menanggung saat menanti keputusan pilihan raya 2004 dengan titisan air mata", tegas Nik Mohd Amar ketika membentangkan slot perkongsian mengenai Pengalaman Kebangkitan Selepas Kemenangan 1990-2008 Dalam Konteks Parti & Kerajaan."

Amat penting untuk kita ambik balik semangat kerjasebelum tahun 1990. Keikhlasan, pengorbanan, sikap dan kesungguhan kita sebagai jentera PAS di semua peringkat untuk hadapi PRU13 perlu dihayati kembali",tambahnya yang membawa kisah-kisah cabaran selepas kemenangan PAS membentuk kerajaan kepada peserta Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan di Pondok Pasir Tumbohhari ini." Jangan nanti kita menitiskan airmata pada malam keputusan pilihanraya kerana kealpaan kita untuk bekerja dengan semangat tahun 1990 dan 2008", tambah beliau mengakhiri ucapan.

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 10 Februari 2012 20:12)