• 10471187 271539863036138 27810275018304486 n
  • 10629728 271541276369330 692640999151094328 n
  • 10620739 268850679971723 6877184100691495420 n
  • 10574456 271539883036136 5574361236097329193 n
  • 10644992 268850569971734 4802978988919967216 n
  • 249058 536060983106964 1382368590 n
  • 225753 535775919802137 1323222883 n
  • 417840 536061886440207 923335257 n
  • 923088 536061319773597 372311861 n
  • 315966 536061029773626 1049560611 n

Jangan anggap PAS sama dengan parti lain

KUALA LUMPUR (Harakahdaily): Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Read more...

Bubar JPP Bukti Keikhlasan Kerajaan Pusat - Ahmad Fadhli Syaari

Saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 1 September 2014. Di dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat di mana Kelantan dikatakan telah menerima RM590 juta sejak tahun 2004 untuk menampung deficit perbelanjaan akaun mengurus negeri ini. Bahkan menurut beliau, pada tahun lepas (2013), kerajaan Pusat telah meluluskan RM86 juta untuk membantu kerajaan negeri.

Read more...

Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa

KUALA LUMPUR (Harakah Daily) : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
"Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Read more...

Kenyataan Media Kenyataan Media : Presiden Pas Adalah Pemimpin Ulamak Seduniaia : Presiden Pas Adalah Pemimpin Ulamak Sedunia

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan perhargaan yang terlalu tinggi kepada Presiden PAS yang juga mantan Menteri Besar Terengganu di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia setelah dipilih oleh Ketuanya iaitu Profesor Dr Yusof Al-Qaradhawi di Muktamar Kesatuan Ulamak sedunia yang bersidang di Istanbul Turki.

Sebelum ini YB Dato’ Seri Tuan Guru haji Abdul Hadi Awang banyak memberi pandangan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dipersada antarabangsa seperti di Palestin tambahan pula beliau adalah ahli jawatankuasa dalam lembaga amanah Muassasah Al-Quds. Beliau dilihat dengan ketokohannya sebagai penyelesai dalam beberapa isu ummah, beliau juga terlibat bersama Syeikh Qaradhawi untuk merapatkan beberapa mazhab yang berbeza pandangan sehingga beliau telah mengutarakan pandangannya tersendiri yang dikagumi oleh pihak lain.

Read more...